" Dan aku bersaksi bahawa junjungan kami Muhammad itu hamba dan pesuruhNya; baginda merupakan lautan makrifat rabbani, sumber mata air yang memancar ilmu ilmu ladunni, Allah menselawatkan baginda dengan selawat nan azali dari hadratNya, selawat yang kekal abadi selama lamanya.Dan semoga Allah meredhai ahli keluarga dan para sahabat nya; merekalah pedang pedang kebenaran ,hiasan dan gugusan bintang petunjuk di perjalanan , berserta para tabi'in yang mencontohi akhlak dan budi pekerti dengan keredhaan yang berterusan sepanjang masa"
hmmm..syahdu terasa
di unjurkan pula untuk berselawat seperti yang berikut ;
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمدٍ النُّورِ الشَّافِي وَالدَّوَاءِ الكَافِي وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمْ.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمدٍ نُورِ الجَمَالِ وَبَهَاءِ الكَمَالِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمْ.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمدٍ حَبِيبِ الرَّحْمَن وَسَيِّدِ الأَكْوَان الحَاضِرِ مَعَ مَن صَلَّى عَلَيْهِ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ وَعَلَى آلِهِ وِأَصْحَابِهِ وَمَن تَبِعَهُمْ بِإِحْسَان
mari lah kita bersama sama mengingati Allah dan memperbanyakkan selawat...
No comments:
Post a Comment