Thursday, March 18, 2010

Islam Liberal?

Pelbagai cara, kaedah dilakukan oleh musuh agama dalam matlamat mereka untuk melihat ISLAM terkubur lebur dari alam ini. Baik dari cara yang zahir kasar dan ganas(seperti di Palestin) hinggalah dengan kaedah yang lebih halus tak nampak dek mata(bukan sihir/guna guna)...dengan cara penyampaian yang kabur mengaburi mata hati kita. Individu/pertubuhan dan sebagainya yang tampak seperti Pro Islam tetapi hadir dengan propaganda dan ideologi yang sebenarnya merbahaya kepada akidah dan iktikad kita.

Yang jelas dan nyata mampu kita uraikan akan ke bathilannya, namun yang halus ini agak ramai yang kecundang bahkan membantu/ mengangkat pula golongan ini atas dasar tertentu...

Antara isu yang mudah bagi meraih sokongan adalah dengan mengaitkan isu 'Kesamarataan Wanita dan Lelaki'. Kejayaan pergerakan ini telah mendapat sokongan yang besar seluruh dunia dan Tanah Melayu ini juga tidak ketinggalan.

Golongan profesional lelaki dan wanita kita agak meminati pergerakan MELIBERAL KAN ISLAM atas 'kepercayaan' bahwa agama haruslah mengikut peredaran zaman....sebenarnya mengikut kepentingan sendiri dan nafsu.

Pergerakan Islam Liberal ini mempunyai beberapa agenda yang berkisar tentang hak wanita,hukum lelaki kahwin 4(bagi mereka x patut),soal pemerintahan negara dan ketua keluarga,hak berkahwin berlainan agama tanpa pasangan perlu memeluk islam,hak anak islam untuk memilih agama sendiri dan sebagainya, telah di laung mereka...

Kesudahannya...Dan bahagialah mereka bila wanita menjadi imam solat jumaat.
Bahagialah mereka bila wanita boleh bersuami banyak.
Bahagialah pasangan gay/lesbian dalam permaduan kasih mereka.

Apakah ingin kita katakan Islam ini tidak lengkap?
Apakah Al Quran itu tidak lengkap?
Apakah Nabi Muhammad itu tidak adil kepada isteri isteri Baginda dan wanita am nya?
Apakah Allah terlepas pandang keatas kejadian wanita hingga terlupa akan hak mereka?

Sebagai hamba Allah, umat Muhammad SAW( selawat dan salam keatas Baginda keluarga dan sahabat) kita harus lah peka serta menangani akan permasalahan yang meruncing kini namun bukan lah dengan cara kasar memaki hamun (setelah membaca beberapa artikel dan blog yang lain) kerana ini bukan ajaran Islam dan tentu sekali bukan ajaran daripada akhlak Rasulullah.

Ingat lah bait madah seorang soleh.."Mustahil terdapat cinta dan benci didalam satu hati."

Islam mendidik kita untuk kasih mengasihi cinta mencintai dan dalam soal tarbiyah juga harus hadir elemen cinta ini..bukan dengan cara memaki hamun dengan kata kasar kesat.

-Apa yang mampu kita(rakyat) lakukan bagi pihak kita ialah menolaknya dan berdoa agar kebathilan yang wujud kini sirna,lebur dan mati. Dan kebenaran memancar dihati kita semua. Berdoa lah.

-Bagi pihak ulama ustaz motivator pula menjalankan watak yang bijak dalam menangkis tujahan ganas ini bagi kebaikan ummah.(fatwa dan panduan)

-Pemimpin pula memantau dan bekerjasama dengan ahli agama bagi kepentingan semua.(pembentukan undang2)

Baru lah tampak akan struktur islam dan iman itu terlaksana seperti yang tersebut dalam hadis
mengenai bila terlihat akan kemungkaran,gunalah tangan mu;atau lidah mu; atau diam dan berdoa(dan inilah sekecil kecil iman)...tersusun sudah tatacara untuk tiga golongan sesebuah negara(rakyat,ulama,pemerintah)

Dan ubat penawar bagi penyakit kemelesetan ilmu dan akhlak ini pula ialah dengan mengikut ajaran Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW serta perbanyakkanlah salam dan selawat ke atas Junjungan Baginda Muhammad.

Semoga kita semua berada di bawah jagaan kasih dan sayang Allah dan Rasul Nya.



Salam















No comments:

Post a Comment