Wednesday, March 3, 2010

MOHSIN HADAPI SOLAT HAJAT 7 hari 7 malam

Ahli parlimen PKR, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari supaya mengosongkan kerusi Bagan Serai ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.
(di petik dari Malaysiakini)
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Pernah diriwayatkan oleh Imam Ahmad satu kejadian dimana Nabi Junjungan kita Muhammad Rasulullah(selawat dan salam buat Baginda serta ahli keluarga Baginda) pernah berkata pada para sahabat " Ada yang aku lebih takuti daripada DAJJAL".

Dari dahulu hingga kini,mmg diketahui Dajjal tu jahat lah sangat dan semua umat manusia berwaspada/jagajaga/khuatir akan kehadirannya.

..dan pada waktu tu gempar lah bila Nabi berkata demikian sambil menunggu apakah yang lebih teruk dari DAJJAL...kemudian Nabi SAW menyambung..' itulah ulama yang jahat '.

Wahai saudara ku yang seronok dengan kedudukan 'ulama' yang di sandang kini...ingat lah pesan Junjungan Besar Nabi kita ini...jangan lah sampai kita tergolong dalam hadis diatas ini.

Malas nak tulis pepanjang lebar sebab kan hadis diatas dah cukup berat dan lengkap untuk kita buat pengamatan,tali pegangan menimbang tara yang mana intan yang mana kaca.

'Dan jangan lah sekali kali meletak kan nama Islam demi utk bersaing,bermegah,menarik perhatian,mengumpul puing puing dunia.....kerana sesungguhnya niat sebegitu bermakna engkau sedang berusaha menghancurkan agama mu,merosakkan jiwa mu,dan menjual akhirat maka rugilah perniagaan mu itu.....'


Ya Allah ,aku berlindung dengan Mu dari Ilmu yang tidak bermanfaat.



No comments:

Post a Comment