Friday, March 5, 2010

" Modus operandi "


'Selawat dan Salam sebagai salam yang sempurna buat Junjungan Besar Muhammad SAW...'

Salam...

Sedang kita berada di akhir zaman yang meruncing dengan masalah sosial dan akhlak, semakin ramai anak melayu bertandang memenuhi ruangan disko/pub, tidak dinafikan pula ramai juga dari kita yang mencari jalan keluar dari permasalahan ini. Ke utara ke selatan mencari orang yang di gelar guru/mursyid/syeikh untuk dijadikan pembimbing diri yang dalam kegelapa , dijadikan bapa mendidik rohani.

Tidak dinafikan juga pondok2 dan tareqah2 mula tumbuh dengan pesatnya, ibarat konsep hukum ekonomi( adanya demand and supply). Semakin ramai pula orang/golongan tertentu di nobatkan sebagai tok guru/syeikh dan ditambah pula dengan cerita(dijadikan bahan bukti) anak2 murid yang asal/lama akan keramatnya si guru dan kelebihan yang ada pada sang guru...

Alhamdulillah...

Setidak tidaknya ada lagi golongan yang ingin mencari jalan menyucikan diri,mengenal diri lantas mencari jalan mengenal Tuhan.

Isu nya kini ialah golongan yang menawarkan
jalan penyucian ini...guru2 yang tidak diketahui asal usulnya,pondok2 yang tak tahu sanadnya dan tauliahnya...

Aku pernah berada dalam kumpulan tareqah yang mana tareqah itu benar namun di salah gunakan golongan tertentu untuk kepentingan peribadi.

Aku kenal pasti modus operandi mereka ialah dengan mengadakan beberapa orang moderator untuk menyampaikan cerita/peristiwa kehebatan guru,karomah guru dan segala kebaikan guru tersebut...sebelum kita diberi berjumpa dengan beliau.. dan keadaan ini kadang kala berlaku hingga sebulan sebelum kita benar benar di beri peluang berjumpa secara zahirnya.

Tujuannya....agar kita yang kehausan ilmu ini tidak tertahan dan sabar untuk bertemu dengan seorang manusia mulia seperti digembar gembur para moderator..agar kewarasan akal kita di tutup oleh nafsu ingin bertemu guru.Masa yang sama juga kita akan dibekalkan dengan cerita2 mengenai adab berguru dan guru yang dimaksudkan seorang yang mempunyai adab yang halus sekali....membuatkan kita ini secara 'autorun' bersangka baik dalam setiap hal(hingga bila nampak kesalahan laku guru pun kita nafikan).Dan ini semua disuap pada bakal2 murid dalam waktu sebelum berjumpa guru itu....! Dan banyak lagi sebenarnya cara/strategi mereka ni...tapi biar lah dulu....


Ditakdirkan pula suatu hari untuk aku bertemu seorang berpangkat 'bapa' yang telah menarik ku keluar dari keadaan diatas dan memberi aku nafas baru untuk ku hirup...pesannya pada ku....;

- seorang yang digelar mursyid tidak akan bercerita kemursyidannya demi utk kita mempercayai nya kerna mursyid yang sebenarnya lebih mengambil berat pandangan Allah padanya..bukan pandangan manusia.

- seorang mursyid tidak akan pernah mengambil wang dari anak muridnya kerana ianya dianggapkan sebagai HARAM.

- tidak ada cerita mengenai kesaktian/keramat/kewaliannya kerna ini semua akan menyebabkan kita taksub akan kehebatan mereka ini.

- yang pastinya 'syariat' sang mursyid tiada pengecualian.

Aku memandang kebelakang dan memerhatikan apa yang telah berlaku dan ya..kita ni sebenarnya terdidik dengan cerita hantu,ilmu mistik dan cerita magik yang lain nya....sampaikan nak berguru pun kita pilih yang ada kritiria magik dan sebagainya. Bila berceritakan mengenai seorang guru pada seorang yang lain...soalan pertama yang akan ditanya ialah..."tok guru tu boleh mengubat tak????" itu lah kita mudah tertipu dan bila datang pada kita orang baik akhlak namun tampak biasa personalitinya tanpa ilmu2 keramat/ajaib/magik, kita bagai tak percaya walau pun beliau dari segi adab,syariat dijaga penuh...sebab nampak normal....mcm orang biasa jekkkk(bisik hati)...hmmm kelakar bila aku ingat balik...hehehe

Sekadar berkongsi pengalaman agar siapa yang terbaca cerita aku ni dapat manfaat nya..jadikan iktibar,panduan...tiadalah aku cerita melainkan sekiranya ada kebaikan maka utk korang semua semata mata...Insyaallah.

Kata kata penuh maknawi seorang penyair...'Jangan memanggilku melainkan dengan menyebut; wahai hambaNya.."Wahai HambaNya" itulah nama ku yang paling mulia '

Sekiranya guru itu tiada sifat kehambaan....tinggal kan aje....percayalah cakap aku nih...

Salam....

    اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمدٍ نُورِ الجَمَالِ وَبَهَاءِ الكَمَالِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ

    وَسَلَّمْ.









No comments:

Post a Comment