Sunday, April 11, 2010

Panglima Hebat ke?

Tangkas
Gagah
Licik

antara ciri2 yang perlu ada pada diri seorang pendekar/panglima...ditambah pula semangat yang tinggi serta sifat takut yang jarang muncul dalam minda...demikian lah muncul terbitnya seorang pahlawan.


huh!



dahsyat!
apakah seorang bapa merasakan kehebatan darah pahlawan mereka terzahir dan diperakui pada hasil yang terpapar pada tubuh wajah seorang anak kecil,lemah,tiada kudrat,mentah yang disuruh menjerang air pun tak layak....

apa pula bisik hati si ibu yang yang terkenal dengan sifat kasih dan sayang dan lembut...jenuh mengharung 9BULAN bersama,penat sakit payah...di akhiri dengan episod sebabak penuh tragis,kebencian,kehinaan...

lantas..
bisa menghumban anugerah Ilahi yang bukan semua manusia mampu mengecap nya. Bahkan ramai yang tak mampu mendapatkan zuriat menyatakan malangnya diri mereka , namun malang lagi si anak kecil yang baru mengerut2kan muka tanda sudah terzahirnya mereka ke alam ini, dijadikan santapan mewah tikus tikus dilorong lorong...

Yang pasti , para pelaku kerja penderaan,pembuangan anak ini...bukan kan kuat/hebat bagai pendekar,tetapi lebih kepada pengecut.MAAF atas kasar bahasa.

Memanglah tekanan kehidupan zaman moden,sosio ekonomi dan pelbagai masaalah dibumi yang kita masing2 hadapi mengganggu kelancaran darah ke otak hingga menghilangkan sistem pertimbangan dan kewarasan berfikir......ALASAN!

Isu kezaliman, penderaan pembunuhan bukan perkara baru malah telah wujud sejak zaman para Nabi nabi yang terdahulu lagi.

Punca nya hanya satu...... ISLAM IMAN EHSAN.

Jalan penyelesaian nya.......ISLAM IMAN EHSAN.

Pak Menteri pak penguasa....nak kurang dan benteras gejala ini?? bukan dengan cara menaikkan had umur layak berkahwin seperti yang pernah di war war kan suatu ketika dahulu. Bukan meterialistik semata juga. Namun semai lah daripada benih bijian AKHLAK yang terpapar dalam Al Quran(akhlak Rasulullah).Lantas dahan SYARIAT pasti akan tumbuh kukuh dan mengeluarkan buah buah IMAN yang manis.

No comments:

Post a Comment